Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012
9:26 PM |
Selamat tinggal 2011 yang banyak suka dan duka.. Yang pasti 2011 telah menambahkan kebahagiaan hidup aku dgn kehadiran puteri yang comel FATIN INSYIRAH.
Selamat datang 2012... Semoga aku diberikan kesihatan yg baik, dapat melihat fatin membesar dgn sempurna...
Kekuatan Semangatku.........
Fatin 7 Bulan
11:30 AM |
Cepat masa berlalu....... Hari ni genap 7 bulan dah anak mama..... Semakin bijak,cerdik,sihat dan comel...
7 Bulan..... a) Dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah.
b) Dah duduk.
c) Dah memanjat2, nak berdiri la anak mama.
c) Dah memanjat2, nak berdiri la anak mama.
d) Dah kenal org,org xkenal fatin cemik n nangis.
e) Dah pandai nak tegur2 org.
Sukernyer dia...
Ombak Rindu.
10:24 AM |
Ni kali pertama kitorg g tgok wayang sejak adanyer fatin... Tp,tgok wayang ni fatin kena tinggal. Sib baik nek ngah ada lg,sok baru nek ngah balik melaka. Tak sampai hati nak tgalkan fatin,tp mana leh bwa fatin tgok wayang. Dah besar nanti mama bawa yer..kite tgok citer katun..
Berbalik citer Ombak Rindu ni... Seperti di jagka,ramai org ler... Aku mmg xnak g alamanda,sbb rase mcm penuh jer. Kitorg g la Mines,panjang beratur nak beli tiket. Huhh.. tiket ada kol 7pm jer,tu pon depan skali. Aku xmau la,lambat sgt kol 7pm tu. Bukan apa, sian tgalkan fatin lama2. Maka, hbund aku ckap tgok kat JJ Cheras...Tiket ada kol 5pm,tp tiket depan skali jgak. Tgok jer lah... Maka, sakit kepala la mendongak jer tgok wayang..
Ok jer citer ni.. Sedih la gak bg yg menghayati.. Sapa yg xbaca novel nyer mungkin kata filem ni biase2 jer... Mcm aku yg dah baca novel ni,boleh la.. Tp hbund aku leh bantai tdo lak... tp kejap jer lah.. Sib baik xberdengkur..kah3..
K,selamat menonton yer kwan2...
Sayangku Fatin- 6 Bulan ++
11:12 AM |
Skrg susah nak amik gambar fatin.... xleh nak dok diam...mesti gambar gegar.. tak pandang kamera la....
Layan jer lah gambar2 ni key....
Tips Penjagaan Baby Tumbuh Gigi.
12:28 PM |
Simptom-simptom yang berlaku adalah:-
- Gusi si manja terasa sakit atau bengkak
- Akan timbul kemerah-merahan di pipi si manja anda
- Tanpa anda sedari juga akan terdapat perubahan pada sistem pencernaan usus
- Ruam lampin akan sentiasa berlaku
- Si manja akan sentiasa terjaga dari tidur di waktu malam
- Terdapat ruam pada muka dan dagunya
- Sentiasa ingin menggigit alat permainan dan jarinya sendiri.
CARA MERAWAT SIMPTOM.
Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja anda:-
- Buah-buahan
Berikan si manja anda dengan lobak merah, timun atau kepingan epal dalam bentuk jejari yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk utnuk dikunyah. Cara ini dibuat kerana eleman sejuk ini sebenarnya mampu untuk memberikan sedikit kelegaan kepada gusi si manja anda.
- Gel
Ada juga sejenis jel-jel yang tertentu yang dapat membantu merangsang pertumbuhan gigi si manja.
- Perhatian
Dakaplah si manja dengan belaian yang menyenangkan agar si manja anda melalui hari-harinya dengan rasa bersemangat sekali.
- Penjagaan gigi bayi.
Masih tidak terlalu awal untuk memulakan penjagaan gigi. Sebaik sahaja gigi si manja mula tumbuh, gosok gigi si manja setiap hari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida yang dirumus khas untuk kegunaan bayi anda sahaja.
Picit sedikit ubat gigi tersebut ke atas sehelai kain kasa dan gosok secara putaran dengan lembut. Sentiasa pastikan hanya sedikit sahaja ubat gigi yang digunakan bagi si manja anda tertelan dalam kuantiti yang banyak.
Apabila gigi si manja telah tumbuh dengan banyak, maka anda gunakanlah berus khas untuk bayi yang bertekstur lembut dan gosok dua kali sehari. Jika si manja anda mahu, biarkan sahaja dia mengunyah berus gigi tersebut supaya dia terbiasa dengan sesuatu yang bukan berbentuk makanan di dalam mulutnya!
Sediakan segelas air untuk si manja anda berkumur (jika dia mahu).
Demam nak upah..
12:16 PM |
Malam Rabu lepas fatin demam... Tetiba jer demam.. Demam2 pun aktif jgak.... rupanyer demam nak upah.... dah tumbuh gigi anak mama... Tak sampai sehari pon demam nyer....
Subscribe to:
Posts (Atom)























































