Menangani sakit-sakit kecil semasa hamil
Sebelum
mengandung, masalah sakit dan demam kecil memang senang untuk diatasi
kerana ubat-ubatan senang diperolehi dimana-mana. Kalau sakit kepala
makan saja ubat tahan sakit, kalau demam telan sahaja ubat demam.
Tetapi apabila anda hamil, segalanya berubah! Sekiranya anda
boleh, elakkan semua ubat-ubatan semasa awal mengandung iaitu pada 3
bulan pertama kerana pada masa itu bayi membentuk dengan kadar yang
sangat cepat. Lebih bagus sekiranya anda tidak mengambil sebarang ubat
sepanjang tempoh kehamilan awal ini. Kebanyakkan wanita yang
takut memakan ubat yang dipreskripsikan doktor mungkin beralih kepada
ubat-ubatan traditional kerana menyangka ubat ini selamat tetapi ada
juga ubat traditional dan herba semulajadi yang boleh mendatang
kemudaratan kerpada pesakit. Ramai wanita menyangka yang ia bukan
sejenis ubat dan membuat keputusan untuk tidak memberitahu doktor.
Sakit kepala
Ibu
hamil tidak disarankan mengambil ubat seperti aspirin atau ubatan yang
terdiri dari kumpulan NSAIDs. Panadol walaubagaimanapun adalah selamat.
Sakit kepala yang biasa boleh dilegakan dengan mengurangkan tekanan dan
dengan mengamalkan teknik relaksasi. Hindarkan dari makanan yang boleh
menyebabkan sakit kepala seperti coklat dan minuman bercafin. Mereka
yang menghadapi migrane mungkin perluu mendapat ubat yang lebih kuat
dengan preskripsi doktor.
Sakit urat dan lenguh-lenguh
Selalunya
akan hilang dengan sendiri. Anda boleh mengosok dan meletakkan kain
atau menda suam ditempat yang sakit. Panadol juga boleh mengurangkan
sakit. Sekiranya ia tidak juga berkurangan selepas beberapa hari,
berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan
Loya dan muntah
Doktor
sebenarnya lebih suka untuk tidak memberikan sebarang preskripsi untuk
loya, sebaliknya menyarankan memakan makanan dengan kadar sedidit
tetapi lebih kerap. Hindarkan makanan pedas dan berkari.
Pedih ulu hati dan ketidakhadaman
Kebanyakan
antacid adalah selamat untuk dimakan pada mana-mana peringakt bersalin.
Jangan risau untuk mengambilnya. Kurang makanan berminyak, pedas dan
minuman berkafin.
Demam selsema
Minum air secukupnya
untuk rehidrasi, menyedut wap panas boleh menolong mengurangkan selsema
dan hidung tersumbat. Sekiranya anda mengalami selsema yang teruk dan
ia terjadi di awal megandung, spray hidung akan adalah selamat
digunakan. Selepas semester pertama, antihistamine biasa adalah selamat
digunakan.
Batuk-batuk
Ubat batuk selalunya selamat
digunakan asalkan tidak mengandungi alcohol. Berbincanglah dengan
doktor anda untuk recomendasi yang lebih baik bagi wanita hamil.
sumber
http://portal.alamhamil.com/