Assalamualaikum....lamanyer aku tak menepek gambar kt blog ni.. kemalasan menguasai diri. Bila rajin, masa pula tidak mengizinkan.
Alhamdulillah... aku dah pon selamat melahirkan seorang putera ke dunia pada 6 Mei 2013 jam 11.58am secara normal di Hospital Putrajaya. Putera ku diberi nama MUHAMMAD FAIQ IRFAN. Nama ni diberi oleh papa nyer. Aku mmg xde idea nama anak lelaki bermula huruf 'F'. Alhamdulillah jugak aku mudah utk melahirkan baby faiq. Mungkin anak ke 2 kot, pengalaman yg pertama dah ada. Aku dah rasa lain macam kat perut dalam jam 6.30am masa bangun dari tdor. Berkira-kira jugak nak g kje ke x pagi tu, sbb smalamnyer aku dah MC. Dah rasa sakit megeras sikit2.. aku dpt rasa dah ni sakit nak bersalin. Dalam kol 9.00am lebih aku dah kerap sakit dlm 5 - 10 minit sakitnyer, tp xpecah ketuban @ kuar darah pon. Duduk xkena baring dah xkena. Aku msg hbund suh balik nak g hspital. Hbund sampai dalam 9.30am rasanye terus g hspital. Masa ni sakit sangat2 dah. Doktor check bukaan dah 2cm. Check lg dah 4 cm. Pastu check lg dah 6cm. Cepat lak buka berbanding anak pertama dlu. Aku dmasukkan ubat supaya membuang. Masa doktor nak pecahkan ketuban aku, doktor tanya aku ketuban dah pecah ke sblom ni. Aku ckap xde lak. Doktor tu ckap mgkin ketuban pecah masa aku g membuang tadi. Ntah la, aku pon xperasan. Aku trus dmasukkan dalam labour room. Hbund lak masa ni xde sbb aku suh dia belikan air meneral, sbb haus sgat. Aku xharap pon dia temankan aku nak bersalin nnti, sbb nyer dia dah ckap dia penakot tgok darah, rasa nak pitam. Ayaaakkk.. badan saja gagah perkasa (ampun b). Banyak kali xaku teran, baby xkuar2 jgak. Nurse2 doktor bagi kata2 semangat kat aku. Ntah teran yg kebarapa, terus rasa legaaaaaaaa... tepat jam 11.58am kuarlah permata hatiku di dunia. Bermulalah jahit menjahit, sakittttt sgat2 lorrrr. Sbb ni anak pertama aku normal, kena jahit episiotomi. Syukur Ya ALLAH atas kurniaan ini.. Akan ku jaga sebaik2nyer zuriat ini. Ini lah harta yg paling berharga yang aku ada.. Dua orang anak yang akan menjaga aku dan mendoakan aku bila sudah tiada....









0 comments:
Post a Comment